Pages

Tuesday, February 14, 2017

Meroyan Selepas Bersalin

37CDA95500000578-3769609-image-a-2_1472757287248
Anda kenal tak siapa wanita di atas ini?
Wanita dari Houston ini bernama Andrea Yates. Beliau sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup setelah mengaku bersalah membunuh kelima-lima orang anaknya yang berumur antara 6 bulan ke 7 tahun. Andrea telah melemaskan seorang demi seorang anaknya di dalam tab mandi. Kejadian yang bertarikh 20 Jun 2001 ini telah mengejutkan dunia, bagaimana seorang ibu sanggup membunuh anaknya, bukan seorang, tetapi lima?
Andrea sebenarnya telah mengalami post-partum psychosis ketika melakukan pembunuhan itu. Mengikut penerangan suaminya, Andrea mula mengalami post-partum depression selepas kelahiran anak kedua. Andrea juga pernah dimasukkan ke hospital psikiatrik pada tahun 1999 selepas dua percubaan membunuh diri dalam masa 5 hari.
358537A700000578-3652624-image-a-34_1466527420291

APA ITU MEROYAN?

Apa yang berlaku pada Andrea mungkin boleh dikait dengan apa yang kita kenal sebagai “meroyan”. “Meroyan” boleh didefinisikan sebagai kemurungan yang menimpa ibu, kadangkala ayah, selepas proses bersalin. Kemurungan ini boleh membawa kepada perubahan dalam tingkahlaku pesakit sehingga boleh mencederakan diri sendiri dan orang lain.
Selepas bersalin, ada 3 jenis perubahan mood yang mungkin dialami ibu-ibu:-
Post-partum Blues or Baby BluesBaby Blues adalah perkara yang normal dialami ibu-ibu selepas bersalin. Ibu yang baru melahirkan kebiasaannya mengalami mood swing. Satu ketika dia berasa sangat gembira, satu ketika dia boleh berubah mejadi sangat sedih. Dia mungkin akan menangis tanpa sebab, kurang sabar, tidak senang duduk, gelisah, rasa keseorangan, dan dalam kesedihan. Baby Blues boleh berlarutan daripada beberapa jam sehingga 2 minggu selepas melahirkan. Kebiasaannya ia tidak memerlukan rawatan, hanya perlukan kumpulan sokongan.
Post-partum Depression
Post-partum Depression
 atau PPD boleh berlaku dalam tempoh beberapa hari atau berbulan-bulan selepas melahirkan. Tidak terhad kepada anak pertama sahaja, PPD boleh berlaku selepas melahirkan anak kedua dan seterusnya. Simtom ibu yang mengalami PPD adalah sama seperti baby blues — sedih, gelisah, mudah tersinggung — cuma mereka lebih kuat merasainya dan level tu lebih tinggi. Ibu yang mengalami PPD tidak dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa akibat kemurungan ini. Dalam keadaan ini mereka perlu berjumpa doktor pakar dan doktor kemudiannya akan memeriksa simtom kemurungan dan beri rawatan selanjutnya. Jika ibu yang mengalami PPD tidak mendapatkan rawatan perubatan dan kaunseling, keadaan boleh bertambah buruk.
Macam dalam kes Andrea Yates, selepas melahirkan anak keempat, doktor sudah menasihatkan supaya mereka berhenti untuk mendapatkan anak disebabkan kondisi Andrea yang teruk. Setelah mengandung dan melahirkan anak ke-5, dalam tahun yang sama, ayah Andrea meninggal dan doktor menasihatkan suami Andrea agar tidak meninggalkan Andrea berseorangan bersama anak-anaknya. Pagi itu, suaminya keluar sebentar dalam masa sejam, dan Andrea telahpun melemaskan kelima-lima anaknya dalam tempoh masa itu.
Post-partum PsychosisPost-partum Psychosis adalah penyakit mental yang sangat serius. Ibu boleh hilang kawalan, terasa tidak berada dalam dunia sebenar, dan berhalusinasi (mendengar dan melihat perkara yang tidak ada). Simtom lain adalah seperti insomnia, mudah tersinggung dan marah, kerap berasa tidak selesa dan berperangai pelik. Mereka ini perlu rawatan secepat mungkin dan sentiasa perlukan ubat. Sebahagian mereka ditempatkan di hospital kerana risiko tinggi untuk mereka mencederakan diri sendiri dan orang lain. Ini yang dialami Andrea Yates ketika melakukan pembunuhan anak-anaknya. Ketika di mahkamah, Andrea berkata, “Jika aku tidak membunuh mereka, mereka akan diseksa oleh Syaitan.”

APA YANG MENYEBABKAN MEROYAN?

Mengikut pembacaan, meroyan boleh disebabkan oleh perubahan hormon selepas bersalin dan juga stres. Perubahan hidup selepas menjadi seorang ibu boleh memberi kesan pada mental jika tidak diurus kehidupan dengan baik. Sebagai tambahan, mungkin faktor kurang persediaan dalam ilmu berkaitan pengurusan bayi juga menjurus kepada meroyan. Kekurangan sokongan daripada orang terdekat juga boleh jadi faktor meroyan.

CARA ATASI MEROYAN

  • Minta bantuan suami, keluarga atau confinement helper untuk membantu anda dalam fasa pantang. Ini sedikit sebanyak mengurangkan beban anda yang baru sahaja melahirkan bayi.
  • Bersikap realistik pada anda dan bayi. Terima hakikat yang anda tidak dapat menguruskan kesemuanya 100%. Ketahuilah yang bayi fitrahnya menangis dan anda perlu tenang menguruskannya. Tambah ilmu berkaitan tangisan bayi dan keperluannya.
  • Lakukan senaman yang sesuai. Senaman akan melancarkan peredaran darah, untuk kesihatan jantung, mental, and gives you good mood.
  • Expect some good days and some bad days.
  • Jaga pemakanan. Pastikan anda makan makanan yang cukup nutrisi dan khasiatnya dapat memberi kesan baik kepada badan. Badan sihat dan cergas, lebih mudah untuk urus bayi.
  • Jadikan tilawah Al-Quran sebagai rutin.
  • Pelihara hubungan yang baik dengan pasangan — make time for each other.
  • Sentiasa keep in touch dengan keluarga dan kawan-kawan. Jangan menyendiri. Salah satu inisiatif, sertailah usrah. Bersosial sambil mendekatkan diri dengan Tuhan.
  • Tidur atau berehat bila bayi anda tidur. Tidak perlu siapkan semua kerja dalam satu hari. Kalau suami jenis cerewet, cuba fahamkan yang anda perlukan rehat untuk kekal waras. Hehe.
  • Bagi PPD & PPP, perlu dapatkan rawatan doktor dan kaunseling.

Suka untuk saya perkenal satu vitamin yang membantu ibu-ibu dalam mengurangkan tahap stres. Penting untuk ibu berpantang dapatkan B Complex untuk kurangkan risiko meroyan.
Vitamin itu ialah B Complex.
B Complex dapat membantu merehatkan saraf dan dikenali sebagai vitamin anti-stres. Tambahan lagi, ia dapat menukar makanan kepada tenaga.
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Australian Researchers, sekumpulan pekerja dibahagikan kepada dua kumpulan. Dalam jangkamasa tiga bulan, kumpulan A diberi vitamin B Complex, manakala kumpulan B diberi placebo pills.
Hasil kajian mendapati, stres di tempat kerja berkurang dengan banyak bagi kumpulan A, di mana dalam kenyataan mereka disebut “lower personal strain and a reduction in confusion and depressed/dejected mood.”
16299290_1209037672526558_3896555343366870560_n
B Complex Shaklee hanya RM54 sebotol. Tahan selama 4 bulan.
Saya akan ajar cara dan jadual makan yang dapat anda ikut. Hubungi saya melalui whatsapp – http://www.wasap.my/60136820482
ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU
013 6820482

No comments :