Pages

Thursday, August 3, 2017

Set Haji Shaklee Melaka

Assalamualaikum w.b.t para pembaca 🙂
Alhamdulillah kita dah semakin hampir kepada bulan Zulhijjah, bulan di mana umat Islam yang berkemampuan mengerjakan ibadat haji. Ucap syukur kepada mereka yang dapat peluang mengerjakan haji pada tahun ini.
Perjalanan haji adalah perjalanan spiritual, tak juga perjalanan fizikal. Kesihatan dan kekuatan tubuh badan penting bagi memastikan kesempurnaan ibadah.
Antara cabaran ketika mengerjakan haji adalah perjalanannya yang panjang, cuacanya yang berbeza dengan cuaca di Malaysia, dan kumpulan jemaah yang sangat ramai dari seluruh dunia yang mungkin membawa penyakit lain. Ia sedikit sebanyak menyebabkan beberapa tindak balas oleh badan kita.
Di dalam artikel di New York Times, perjalanan menggunakan kapal terbang boleh menyebabkan dehidrasi, cirit birit, masalah penghadaman, masalah angin, dan juga sembelit.
Mengapa sembelit?
Dalam artikel tu disebut, badan kita secara unik sudah ada sistem waktu yang biasa untuk membuang. Jadi bila kita melancong atau di dalam satu perjalanan, jadual cenderung untuk berubah dan kita tidak membuang pada waktu biasa. Jadi najis di dalam usus juga boleh menjadi kering.
Perbezaan dari segi pemakanan juga menjadi faktor.

Jadi apa yang jemaah haji perlukan?

Set ini saya ambil daripada perkongsian daripada Master Roslan yang berpengalaman mengerjakan haji, dengan sedikit tambahan point daripada saya sendiri.

1. Ostematrix

Ostematrix adalah sumber kalsium dan magnesium. Bagi yang selalu cramp, lenguh dan kebas, wajib telan 5-6 biji sebelum tidur. Ia menguatkn tulang dan kurangkan sakit (natural tranquilizer). Ostematrix juga membantu melembutkan najis jadi tiada masa untuk sembelit 😀

2. Herbal Blend Cream

Krim Herbal Blend boleh disapu pada tumit yang pecah dan dijadikan minyak urut bagi kaki dan tangan yang lenguh sepanjang melakukan ibadah haji. Bak kata pakcik Roslan Ghazali, krim ini boleh juga disapu pada bibir yang kering dan pecah. Sapu di kepala selepas cukur bertindak sebagai ubat kelumumur.

3. Nutriferon

Nutriferon amat penting bagi meningkatkn sistem imun badan. Kos rawatan di sana mahal. Vitamin pun mahal. Batuk mereka satu bilik jika tidak dikawal. Jadi bakal jemaah haji perlu ada Nutriferon.

4. Performance Drink

Performance Drink adalah air tenaga berperisa oren yang menggantikan elektrolit yg hilang dari dalam badan. Lebih baik daripada 100 plus dan air isotonik lain yang sangat tinggi kandungan gula.

5. Sustained Release Vita C Plus

Vitamin C juga sangat berguna untuk tingkatkan sistem imun sekaligus cegah demam dan selsema. Menurut artikel di laman web International Business Times,  Vitamin C adalah antioksidan yang sangat bagus dalam mengekalkan tahap kesihatan yang baik kerana ia melawan radikal bebas. Ambil 2-3 hari sebelum berangkat.

6. B-Complex

B-Complex adalah vitamin untuk tenaga kerana ia menukar makanan kepada tenaga. Baik untuk anti-stres dan juga untuk saraf halus.

7. Vitalea

Vitalea adalah multivitamin multimineral yang baik untuk tampung diet agar cukup nutrisi keperluan harian dan juga cergaskan badan.

8. Peppermint Ginger Plus & Garlic Complex (tambahan oleh saya)

Sewaktu travel, badan kita cenderung untuk lebih berangin disebabkan beberapa faktor. Salah satunya kerana tekanan udara sewaktu di dalam kapal terbang. Jadi kedua-dua vitamin ini sangat diperlukan untuk membuang angin bagi keselesaan para jemaah haji sebelum sampai ke Arab Saudi.

Jemaah juga boleh menambah bekalan lain seperti Cinch Tea (extra fast energy), Herb Lax, Alfalfa mengikut keperluan.
Untuk makluman anda, Dato’ Ust Daud Che Ngah bekas pengarah Tabung Haji adalah pengguna setia Shaklee lebih daripada 17 tahun. Beliau ambil Vitalea 4 biji sekaligus. Master Roslan bersama-sama beliau berkongsi tentang Shaklee di kursus haji sejak tahun 1999 lagi.
Ust Daud Che Ngah pun ambil Shaklee. Jemaah haji pun perlu ambil Shaklee 😀
20448923_1517587971613296_8999478859529790850_o
Jadikan perjalanan anda atau ibu ayah anda untuk menunaikan haji satu pengalaman yang bermakna dengan kesihatan yang optima.
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan 😀
ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU
013 6820482

Tuesday, February 14, 2017

Meroyan Selepas Bersalin

37CDA95500000578-3769609-image-a-2_1472757287248
Anda kenal tak siapa wanita di atas ini?
Wanita dari Houston ini bernama Andrea Yates. Beliau sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup setelah mengaku bersalah membunuh kelima-lima orang anaknya yang berumur antara 6 bulan ke 7 tahun. Andrea telah melemaskan seorang demi seorang anaknya di dalam tab mandi. Kejadian yang bertarikh 20 Jun 2001 ini telah mengejutkan dunia, bagaimana seorang ibu sanggup membunuh anaknya, bukan seorang, tetapi lima?
Andrea sebenarnya telah mengalami post-partum psychosis ketika melakukan pembunuhan itu. Mengikut penerangan suaminya, Andrea mula mengalami post-partum depression selepas kelahiran anak kedua. Andrea juga pernah dimasukkan ke hospital psikiatrik pada tahun 1999 selepas dua percubaan membunuh diri dalam masa 5 hari.
358537A700000578-3652624-image-a-34_1466527420291

APA ITU MEROYAN?

Apa yang berlaku pada Andrea mungkin boleh dikait dengan apa yang kita kenal sebagai “meroyan”. “Meroyan” boleh didefinisikan sebagai kemurungan yang menimpa ibu, kadangkala ayah, selepas proses bersalin. Kemurungan ini boleh membawa kepada perubahan dalam tingkahlaku pesakit sehingga boleh mencederakan diri sendiri dan orang lain.
Selepas bersalin, ada 3 jenis perubahan mood yang mungkin dialami ibu-ibu:-
Post-partum Blues or Baby BluesBaby Blues adalah perkara yang normal dialami ibu-ibu selepas bersalin. Ibu yang baru melahirkan kebiasaannya mengalami mood swing. Satu ketika dia berasa sangat gembira, satu ketika dia boleh berubah mejadi sangat sedih. Dia mungkin akan menangis tanpa sebab, kurang sabar, tidak senang duduk, gelisah, rasa keseorangan, dan dalam kesedihan. Baby Blues boleh berlarutan daripada beberapa jam sehingga 2 minggu selepas melahirkan. Kebiasaannya ia tidak memerlukan rawatan, hanya perlukan kumpulan sokongan.
Post-partum Depression
Post-partum Depression
 atau PPD boleh berlaku dalam tempoh beberapa hari atau berbulan-bulan selepas melahirkan. Tidak terhad kepada anak pertama sahaja, PPD boleh berlaku selepas melahirkan anak kedua dan seterusnya. Simtom ibu yang mengalami PPD adalah sama seperti baby blues — sedih, gelisah, mudah tersinggung — cuma mereka lebih kuat merasainya dan level tu lebih tinggi. Ibu yang mengalami PPD tidak dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa akibat kemurungan ini. Dalam keadaan ini mereka perlu berjumpa doktor pakar dan doktor kemudiannya akan memeriksa simtom kemurungan dan beri rawatan selanjutnya. Jika ibu yang mengalami PPD tidak mendapatkan rawatan perubatan dan kaunseling, keadaan boleh bertambah buruk.
Macam dalam kes Andrea Yates, selepas melahirkan anak keempat, doktor sudah menasihatkan supaya mereka berhenti untuk mendapatkan anak disebabkan kondisi Andrea yang teruk. Setelah mengandung dan melahirkan anak ke-5, dalam tahun yang sama, ayah Andrea meninggal dan doktor menasihatkan suami Andrea agar tidak meninggalkan Andrea berseorangan bersama anak-anaknya. Pagi itu, suaminya keluar sebentar dalam masa sejam, dan Andrea telahpun melemaskan kelima-lima anaknya dalam tempoh masa itu.
Post-partum PsychosisPost-partum Psychosis adalah penyakit mental yang sangat serius. Ibu boleh hilang kawalan, terasa tidak berada dalam dunia sebenar, dan berhalusinasi (mendengar dan melihat perkara yang tidak ada). Simtom lain adalah seperti insomnia, mudah tersinggung dan marah, kerap berasa tidak selesa dan berperangai pelik. Mereka ini perlu rawatan secepat mungkin dan sentiasa perlukan ubat. Sebahagian mereka ditempatkan di hospital kerana risiko tinggi untuk mereka mencederakan diri sendiri dan orang lain. Ini yang dialami Andrea Yates ketika melakukan pembunuhan anak-anaknya. Ketika di mahkamah, Andrea berkata, “Jika aku tidak membunuh mereka, mereka akan diseksa oleh Syaitan.”

APA YANG MENYEBABKAN MEROYAN?

Mengikut pembacaan, meroyan boleh disebabkan oleh perubahan hormon selepas bersalin dan juga stres. Perubahan hidup selepas menjadi seorang ibu boleh memberi kesan pada mental jika tidak diurus kehidupan dengan baik. Sebagai tambahan, mungkin faktor kurang persediaan dalam ilmu berkaitan pengurusan bayi juga menjurus kepada meroyan. Kekurangan sokongan daripada orang terdekat juga boleh jadi faktor meroyan.

CARA ATASI MEROYAN

  • Minta bantuan suami, keluarga atau confinement helper untuk membantu anda dalam fasa pantang. Ini sedikit sebanyak mengurangkan beban anda yang baru sahaja melahirkan bayi.
  • Bersikap realistik pada anda dan bayi. Terima hakikat yang anda tidak dapat menguruskan kesemuanya 100%. Ketahuilah yang bayi fitrahnya menangis dan anda perlu tenang menguruskannya. Tambah ilmu berkaitan tangisan bayi dan keperluannya.
  • Lakukan senaman yang sesuai. Senaman akan melancarkan peredaran darah, untuk kesihatan jantung, mental, and gives you good mood.
  • Expect some good days and some bad days.
  • Jaga pemakanan. Pastikan anda makan makanan yang cukup nutrisi dan khasiatnya dapat memberi kesan baik kepada badan. Badan sihat dan cergas, lebih mudah untuk urus bayi.
  • Jadikan tilawah Al-Quran sebagai rutin.
  • Pelihara hubungan yang baik dengan pasangan — make time for each other.
  • Sentiasa keep in touch dengan keluarga dan kawan-kawan. Jangan menyendiri. Salah satu inisiatif, sertailah usrah. Bersosial sambil mendekatkan diri dengan Tuhan.
  • Tidur atau berehat bila bayi anda tidur. Tidak perlu siapkan semua kerja dalam satu hari. Kalau suami jenis cerewet, cuba fahamkan yang anda perlukan rehat untuk kekal waras. Hehe.
  • Bagi PPD & PPP, perlu dapatkan rawatan doktor dan kaunseling.

Suka untuk saya perkenal satu vitamin yang membantu ibu-ibu dalam mengurangkan tahap stres. Penting untuk ibu berpantang dapatkan B Complex untuk kurangkan risiko meroyan.
Vitamin itu ialah B Complex.
B Complex dapat membantu merehatkan saraf dan dikenali sebagai vitamin anti-stres. Tambahan lagi, ia dapat menukar makanan kepada tenaga.
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Australian Researchers, sekumpulan pekerja dibahagikan kepada dua kumpulan. Dalam jangkamasa tiga bulan, kumpulan A diberi vitamin B Complex, manakala kumpulan B diberi placebo pills.
Hasil kajian mendapati, stres di tempat kerja berkurang dengan banyak bagi kumpulan A, di mana dalam kenyataan mereka disebut “lower personal strain and a reduction in confusion and depressed/dejected mood.”
16299290_1209037672526558_3896555343366870560_n
B Complex Shaklee hanya RM54 sebotol. Tahan selama 4 bulan.
Saya akan ajar cara dan jadual makan yang dapat anda ikut. Hubungi saya melalui whatsapp – http://www.wasap.my/60136820482
ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU
013 6820482

Monday, February 6, 2017

Set Rambut Gugur Shaklee Melaka

Dua hari lepas saya terbaca satu artikel menarik di dalam akhbar Berita Harian. Tajuknya sangat dekat dengan ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan.
Tajuk “Tangani Keguguran Rambut” oleh Dr Jasmine Ruth.
Orang kata, rambut ibu gugur sebab anak menyembur. Mitos atau fakta?
Sebenarnya rambut ibu gugur secara drastik ketika umur anak dalam lingkungan 3-4 bulan. Pada umur itu pula bayi sudah pandai menyembur. Jadi nampak macam bayi menyembur tu punca rambut ibu gugur sedangkan tidak.
Tahukah anda, rambut ibu ketika mengandung akan gugur sepenuhnya sedikit demi sedikit selepas bersalin? Keadaan ini boleh berlarutan sehingga umur anak 2 tahun, sambil rambut baru tumbuh menggantikan yang gugur, of course.

Jadi apa nak buat ni?

Mengikut artikel yang saya sebut di atas, ada 8 makanan kaya nutrisi bermanfaat untuk kulit kepala dan dapat mencegah kepala botak.
fish
Pertama sekali, ikan salmon. Ikan salmon kaya dengan Omega 3. Selain salmon, sardin & ikan kembung  turut membantu rambut tampil berkilat dan juga menguatkan rambut. Menurut Dr. Jasmine, Omega 3 harus diperoleh daripada makanan atau suplemen.
Namun begitu, harus berjaga-jaga kerana ikan di laut berisiko mengandungi merkuri dan terdedah kepada logam yang boleh membawa masalah kesihatan kepada pemakanannya. Anda boleh pilih suplemen yang memproses minyak ikan Omega 3 secara selamat dan terbukti berkualiti.
yogurt_cup_500x500
Seterusnya yogurt. Yogurt kaya dengan protein, di mana nutrien protein ini akan membantu pengaliran darah di bahagian kepala.
Selain protein, yogurt juga kaya dengan vitamin B5 yang membantu mencegah penipisan rambut. Eh macam best pulak kan? Biasa bila meningkat 25-an memang ramai yang mula alami keguguran rambut teruk. Makan yogurt ok?
baby-spinach

Apa lagi makanan yang bagus untuk rambut?
Ingat rambut, ingat Popeye! Ingat Popeye, ingat bayam!
Hehe. Kenapa bayam bagus?
Bayam kaya dengan vitamin A, zat besi, folat, beta karotena dan vitamin C. Kesemua nutrien ini penting agar rambut tak mudah patah & rapuh. Masih berkira-kira untuk makan sayur? Make sure rendam dengan Basic H dulu tau!

1462854478-20150706005009-Presentation1ubi unggul
Ubi jalar. Bila google keluar banyak gambar keledek. Tapi sebenarnya ubi jalar ni termasuklah labu, lobak merah, dan mangga.
Macam-macam kan warna keledek ni. Semuaaa warna ni penting untuk kesihatan. Hebat kan Allah?
Ubi jalar ada elemen antioksida beta karotena, yang berfungsi atasi masalah rambut kering dan galak penghasilan sebum kulit kepala.

page
Lain-lain makanan seperti:-
Kayu manis – bantu pengaliran darah dan penghantaran oksigen ke folikel rambut
Jambu batu – kaya vitamin C, rambut tak mudah patah dan rapuh
Bijiran, pasta, kacang soya, kacang merah, kerang, sayuran hijau, hati – kaya zat besi
Daging tanpa lemak – kaya protein

Kesimpulannya, nutrisi yang penting untuk masalah keguguran rambut:-
✔ Omega 3
✔ Protein
✔ Vitamin B5
✔ Vitamin A
✔ Beta Karotena
✔ Vitamin C
✔ Zat Besi & folat
Di dalam Shaklee, kita juga ada makanan tambahan yang membantu untuk kesihatan rambut.
Kita ada Omega Guard untuk sumber Omega 3.
Kita ada ESP untuk sumber protein yang baik.
Kita ada Vitalea untuk sumber zat besi.
Kita ada Carotomax untuk sumber Beta
Karotena dan vitamin A.
Kita ada B Complex untuk sumber vitamin B.
Kita ada Sustained Release Vita C Plus untuk sumber vitamin C secara berperingkat.
RAMBUT

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan 😀
ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SET PRENATAL / HAMIL, SET POSTNATAL / BERPANTANG & MENYUSU
013 6820482

Thursday, February 2, 2017

Cara Ganti Puasa Untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah hari ni masuk hari ke-10 acik puasa ganti. Almaklumlah tahun lepas tak dapat puasa langsung waktu bulan Ramadhan, berpantang anak pertama.

"Ok ke puasa sambil susukan budak ni? Tak letih ke?"

Soalan macam ni tak pelik pun.

Bila menyusu badan ni memang cepat lapar. Lepas bersalin anak pertama tahun lepas, memang tak sangka lapar teruk macam ni. Rasa macam nak kena makan makan makan. Orang kata, macam bela saka.






Dulu fikir macam mustahil nak puasa sambil menyusu budak. Macam mana nak puasa ganti. Dah la ada 30 hari ni nak kena gant. Lepas tu dok cari cari solution. 

Terjumpa dah solution. Tapi ragu-ragu nak cuba. Sebab pengalaman dulu, memang tak boleh terima rasa dan tak boleh telan benda ni. Tapi sebab nak puasa punya pasal, acik give it a go.

Cuba minum minuman protein ni waktu sahur. Saing dengan nasi. Buat kerja rumah macam biasa, menyusukan anak, uruskan anak. Amazingly, sampai pukul 3 boleh tahan lagi lapar. I couldn't believe it myself. Rasa lapar gila waktu menyusu sebelum ambil ESP tu, TIADA! 

I am so happy.

Tapi dalam masa yang sama, curious jugak nak tahu macam mana ESP ni berfungsi. Baca baca sikit.




Kenapa ESP ni mengenyangkan untuk tempoh yang lama?

Sebab ESP rendah GI (glycemic index).

Makanan yang rendah GI bekalkan tenaga yang berterusan dan dilepaskan secara bertahap. Karbohidrat dalam makanan rendah GI juga dihadam secara perlahan, seterusnya bagi kita rasa kenyang dalam tempoh lama! Sangat sesuai juga untuk mereka yang nak turunkan berat, yang sebelum ni suka munching benda manis tak sudah kan. Heee. Untuk maintain berat pun bagus!

So untuk yang nak kurus, yang nak quick breakfast, plus ibu hamil yang ada GDM, boleh cuba ESP. Nanti dapat bonus kulit cantik lagi.

Personally blackhead acik pun dah kurang nak banding dengan dulu. Scrub muka, blackhead remover tu memang sentiasa ada dalam simpanan. Sekarang boleh tarik nafas lega sikit sebab dah ada minumam yang merawat daripada dalam ni. Memang sah-sah la acik akan terus ambil ESP ni.

Memang awal-awal rasa macam kedekut sikit, rasa alahai kena keluar duit ke nak puasa ni. Tapi fikir balik, aku nak bayar hutang kat Allah ni. Takkan nak berkira kan. Huhuu insaf kejap. So invest lah sikit. Dan alhamdulillah sekarang dapatlah puasa seminggu sekali. Ada lagi 20 hari nak ganti. Doakan selesai sebelum Ramadhan tahun ni.




-------------------------------------------------------


NAK CUBA ESP?


WHATSAPP ATIQAH SEKARANG!


ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID : 1234803
SET HAMIL, SET BERPANTANG, SET MENYUSU, SET KECERGASAN IBU
013 6820482