Pages

Monday, September 19, 2016

Tips Untuk Bakal Ibu

Berita kehamilan anak pertama memang membahagiakan pasangan suami isteri. Namun kita harus ingat bahawa anak itu bukan sahaja anugerah, tetapi satu amanah. Ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan pelbagai maklumat dan ilmu dalam mendidik anak-anak.

Bagi saya, diri ni memang risau kalau-kalau nanti tak dapat jadi ibu yang baik untuk anak. Apatah lagi saya ni anak bongsu, tak pernah ada adik dan tak pernah jaga anak kecil. Menjadi ibu memang suatu perkara yang merisaukan. Jadi apa yang saya buat?

Pertama sekali, saya BANYAKKAN MEMBACA.

Ya, membaca. Baca apa agaknya?

Baca apa sahaja berkaitan perkembangan anak & pendidikan anak. Secara spesifiknya, tentang anak yang bakal lahir atau "newborn".  Contohnya tentang,

tangisan bayi - faktor dan bagaimana memujuknya;
najis bayi - bagaimana warna yang sepatutnya sejak lahir;
berat bayi yang sepatutnya mengikut bulan
penyusuan - makanan apa yang bagus untuk memperbanyakkan susu, makanan apa yang boleh kurangkan susu untuk dijauhi;

dan pelbagai lagi ilmu tentang 'newborn'.

Percayalah, bila anda lebih bersedia untuk menguruskan bayi anda, anda akan kurang STRES dan boleh mengelakkan meroyan atau orang putih kata 'post-partum depression'. Kasihanilah bayi anda.

Kedua, TERIMA NASIHAT daripada orang sekeliling yang berpengalaman sebagai ibu. Kutip ilmu dari perkongsian mereka dan lihat jika ia dapat diaplikasikan selepas bayi anda lahir.

Ketiga, PERSIAPKAN DIRI MENTAL DAN FIZIKAL. Makan makanan berkhasiat &  amalkan hidup yang aktif. Your life will be a lot different when your baby is born. Prepare the right supplements for confinement and after confinement.

Ketiga-tiga point ini datang dari pengalaman saya sendiri dan apa yang saya rasa penting untuk dikongsi. For me, reading is the most important because it covers every aspect of motherhood; from the baby to the mother.

Semoga kelak selamat melahirkan dan anak itu menjadi anak yang soleh, beriman dan beradab insyaAllah.

----------

Masih tercari-cari suplemen berpantang?

Hubungi Atiqah di nombor 0136820482.


ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID : 1234803
SET HAMIL, SET BERPANTANG, SET MENYUSU, SET KECERGASAN IBU
013 6820482

Monday, September 12, 2016

Hemoglobin Rendah Ketika Hamil

Assalamualaikum.

Waktu A.H hamil hari tu, alhamdulillah tak ada rasa loya, muntah, atau sensitif dengan bau-bau tertentu. Ada orang tak boleh langsung masuk dapur waktu hamil, sampailah saat melahirkan. Dahsyat kan? Ada orang tak boleh bau 'deodorant', sampai lepas bersalin pun memang tak pakai dah deodorant (memang ada tau!) Macam-macam yang dihadapi wanita hamil, semuanya unik. A.H cuma mengalami LETIH yang teramat pada waktu pagi di trimester pertama. Keletihan ini datang semula sewaktu trimester ketiga.

Sewaktu 'check-up' kali pertama, alhamdulillah semuanya baik sahaja. Hemoglobin (HB), 'urine', tekanan darah; semuanya elok. Sampailah masuk minggu ke 18, HB dah mula menurun.



Minggu ke-6 : 12.2
Minggu ke-10 : 11.9
Minggu ke-14 : 12.3
Minggu ke-18 : 10.6
Minggu ke-22 : 10.4
Minggu ke-26 : 10.8
Minggu ke-28 : 10.5
Minggu ke-30 : 9.6(jari), 10.5(lengan)
Minggu ke-32 : 9.9
Minggu ke-34 : 10.5
Minggu ke-38 : 11.6

Dari minggu ke minggu, ku cuba ikut saranan 'nurse'. Tapi yang paling tak boleh terima, kena makan hati ayam. 😢 Husband beli yang goreng kat pasar pun tak boleh telan. Terbazir begitu sahaja.

Doktor dah warning, kalau tak naik juga, kita kena prepare for blood transfusion sebab ada risiko tumpah darah bila HB rendah.

Minggu ke 32  tu, A.H dah hampir stress bila HB tak naik-naik. A.H tekad untuk beli Vitalea Shaklee lepas baca banyak testimoni bagus tentang Vitalea. A.H ambil 2 biji pagi, 2 biji petang. Kalau anda jenis yang minum minuman yang berkafein waktu pagi, boleh ambil Vitalea tengahari dan malam sebelum tidur. Sebabnya, kafein dapat menghalang penyerapan iron.

Alhamdulillah, dengan izin Allah hasilnya cukup baik. Akhirnya HB cecah 11 ke atas semula dan itulah bacaan terakhir sebelum A.H bersalin. Sangat bahagia.

------

Bacaan HB anda rendah? Boleh dapatkan Vitalea daripada A.H. Sedia membantu 😃





ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID : 1234803
SET HAMIL, SET BERPANTANG, SET MENYUSU, SET KECERGASAN IBU
013 6820482