Pages

Thursday, December 8, 2016

10 Nutrien Penting Ibu Hamil




Nutrisi yang berkualiti adalah penting sepanjang kehidupan kita, lebih-lebih lagi jika anda hamil (atau isteri anda hamil).

Atau jika anda merancang untuk berkahwin kurang daripada 3 bulan daripada sekarang, anda wajib tahu tentang nutrisi yang diperlukan ini.





Untuk kehamilan yang sihat, ibu perlukan:-


1) Vitamin B


Ketika hamil, ibu dan anak di dalam kandungan akan mendapat manfaat daripada vitamin B. Vitamin B yang dimaksudkan adalah

- Thiamin (B1)
- Riboflavin
- Niacin
- Pantothenic Acid
- Biotin
- Vitamin B6
- Folic Acid
- Vitamin B12

Folic Acid lebih-lebih lagi penting untuk ibu yang mahu hamil. Ia perlu diambil sebelum dab ketika proses kehamilan. Jumlah cadangan adalah sebanyak 400-600 mcg sehari. Ia bertujuan mengelakkan risiko kecacatan tiub neural yang boleh mengakibatkan kecacatan otak dan tulang belakang.






Tiub neural terbina dalam minggu-minggu pertama kehamilan. Vitamin ini perlu diambil hari-hari pada waktu anda menginginkan anak kerana kebanyakan ibu tidak sedar tentang kehamilan mereka pada minggu-minggu awal.


2) Iodin





Ketika hamil dan menyusukan anak, iodin diperlukan bagi menyokong perkembangan fizikan & mental bayi. Ibu-ibu disarankan mengambil 200 mcg sehari.


3) Asid Lemak Omega 3


Lemak sihat seperi EPA & DHA adalah sangat penting untuk kehamilan sihat. EPA menyokong sistem jantung dan imun, manakala DHA menyokong perkembangan otak, mata, dan sistem saraf. Ibu-ibu disarankan mengambil gabungan 500 mg EPA & DHA sehari.





4) Protein Tanpa Lemak (Lean Protein)


Logiknya, bila ada bayi yang sedang membesar dan berkembang di dalam badan, keperluan ibu kepada protein meningkat. Fokus kepada pengambilan protein yang berkualiti daripada sumber yang baik. Contohnya adalah soya(non-GMO), putih telur, daging, dan susu rendah lemak.


5) Vitamin A


Vitamin A penting untuk fungsi imun, sistem reproduksi dan kesihatan janin. Ibu-ibu disarankan mengambil 2500-8000 IU sehari.


6) Antioksidan


Antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E & Selenium membantu melindungi sel-sel sistem reproduksi.






7) Kalsium, Zink & Magnesium


Kalsium, zink, dan magnesium adalah mineral yang membantu dalam pembentukan tulang dan gigi bayi. Selain itu, ketumpatan tulang ibu juga terpelihara.


8) Vitamin D


Vitamin D menyokong perkembangan otak dan membantu penyerapan kalsium. Kalau badan ibu kurang vitamin D, susu ibu juga akan kekurangan vitamin D dan anak tidak akan dapat vitamin D yang secukupnya.






9) Zat Besi (Iron)


Zat besi penting untuk pembentukan hemoglobin dan myoglobin. Kedua-dua ini penting untuk membawa oksigen kepada bayi dan ibu sekaligus membantu mengurangkan keletihan ibu.


10) 300 kalori ekstra sehari


Ibu perlu menambah 300 kalori ekstra sehari. Tidak semestinya menambah kuantiti makanan, asalkan kalori mencukupi. Seimbangkan protein, karbohidrat, dan lemak.


Mengambil berat tentang diri sendiri bererti mengambil berat tentang bayi anda. Mulakan langkah sekarang!


ATIQAH HASSAN

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID : 1234803
SET HAMIL, SET BERPANTANG, SET MENYUSU, SET KECERGASAN IBU
013 6820482

Thursday, November 10, 2016

3 Sebab Ibu Perlu Sihat dan Cergas

Seorang ayah merupakan ketua sebuah keluarga. Namun begitu, tak kurang jika saya katakan seorang ibu adalah penentu kebahagiaan sebuah keluarga. 

Seorang ibu yang tidak gembira akan mematahkan keceriaan suami dan anak-anak.


Seorang ibu yang kerap marah-marah akan menakutkan anak-anak dan dijauhi suami.


Puncanya mungkin datang daripada kepenatan menguruskan hal seharian. Di pejabat, di rumah.





Lantas apa yang boleh ibu lakukan untuk manfaat ibu dan keluarga?


Jadilah sihat! Jaga kesihatan anda. Jaga tenaga anda. Tenaga dan kesihatan yang baik dapat memberi cas yang positif, sekaligus memperbaiki kehidupan ibu-ibu. Orang sekeliling pun senang dengan anda.


Nah, manfaatnya tidak akan terhenti kerana;


1) Ibu yang sihat dan cergas dapat mengurus rumahtangga dengan lebih baik. Stres dapat dikawal, malah tenaga dan pemikirannya sentiasa positif dalam bekerja. 


2) Ibu yang sihat dan cergas akan dapat melayan suami dan mendidik anak-anak dengan ceria. Hubungan antara keluarga semakin rapat dan kebahagiaan dirasai oleh semua.


3) Ibu yang sihat dan cergas dapat melakukan ibadah sebanyaknya. Bila amal soleh terpelihara, ibu akan lebih tenang dalam hari-harinya. Dengan izin Allah keluarga akan mendapat keberkatan.


----------------------------------


Mahu lebih cergas menguruskan rumahtangga?


ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID : 1234803
SET HAMIL, SET BERPANTANG, SET MENYUSU, SET KECERGASAN IBU
013 6820482

Monday, October 17, 2016

7 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Setelah Disahkan Hamil

Wah, seronoknya bila tahu kita mengandung anak pertama. Tak dapat digambarkan perasaan. Sungguh anak itu pengikat kasih antara suami dan isteri.

Selepas disahkan hamil, apa yang perlu kita buat ya?


1) Lafazkan Kesyukuran

Segala puji bagi Allah yang telah memberi rezeki kepada kita untuk merasai nikmat mengandung. Bersyukurlah atas nikmat ini. Lakukan sujud syukur dan ucapkan lafaz tahmid berulang kali.

Allah berfirman dalam surah Ibrahim, ayat 7,
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”


2) Buka Buku Merah

Anda harus pergi ke Klinik Kesihatan atau Klinik Desa di kawasan tempat tinggal anda. Jururawat akan ambil butiran anda ala-ala interview. JANGAN LUPA BAWA SALINAN SURAT NIKAH. Lepas kena interview, kena timbang berat, buat urine test, check darah, dan scan janin.


3) Banyakkan Membaca

Bacalah buku atau artikel tentang perkembangan anak dalam kandungan. Satu cara yang mudah adalah dengan melanggan newsletter website seperti Baby Centre. Setisp minggu anda akan dapat emel dan anda boleh baca tentang perkembangan anak pada minggu tersebut. Banyakkan juga membaca tentang pemakanan sihat untuk ibu mengandung, nutrien yang diperlukan dan juga aktiviti fizikal yang sesuai.


4)  Jaga Pemakanan

Makanlah makanan yang membantu anda kekal sihat dan bertenaga. Bila anda cukup khasiat, anak dalam kandungan akan turut mendapat manfaat. Jangan jadi macam saya, makan maggi waktu mengandung. MSG akan buat kita sakit kepala, mengandung tak mengandung. Taubat tak makan dah. Mahu lebih sihat untuk keluarga.


5)  Ambil Vitamin

Ikut nasihat jururawat dalam pengambilan vitamin. Pada awal kehamilan, klinik akan bekalkan folic acid. Biasanya kita dah dapat folic acid waktu buat HIV Test sebelum kahwin.
Bila masuk trimester kedua, kita akan dapat Ferrous Fumarate untuk HB kita. Ada juga yang ambil vitamin Shaklee, seperti Vitalea Iron Formula dan Vitamin C untuk sistem imun ibu dan anak. Kakak kepada kawan saya ada kongsi, anaknya daripada lahir sampai sekarang umur 2 tahun jarang sangat sakit-sakit. Rupanya beliau amalkan Vitamin C ketika mengandung.


6) Hentikan Pengambilan Ubat

Jika anda ada mengambil ubat sebelum anda mengandung, hentikan serta-merta. Hal ini kerana ada sesetangah ubat yang tidak sesuai untuk ibu mengandung dan boleh merbahayakan anak di dalam kandungan. Sila tanya doktor terlebih dahulu sebelum teruskan pengambilan ubat.


7) Banyakkan Ibadah

Kita tahu bahawa sekolah pertama anak adalah ibu. Perbanyakkanlah amal soleh. Jangan tinggal solat, lakukan solat sunat yang termampu, dan bacalah Al-Quran hari-hari. Moga zuriat yang bakal dilahirkan jadi anak yang soleh solehah, beradab, dan bermanfaat untuk agama. Amat sedih bila dapat tahu ramai ibu-ibu tidak bersolat. Apa yang kita harapkan daripada anak kita bila kita sendiri langgar perintah Allah kan. Jom dakwah. 

ATIQAH HASSAN

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID : 1234803
SET HAMIL, SET BERPANTANG, SET MENYUSU, SET KECERGASAN IBU
013 6820482

Sunday, October 16, 2016

7 Manfaat Utama ESP


Banyak sebenarnya manfaat Energizing Soy Protein (ESP) untuk semua. Apa yang ditulis di sini adalah rangkuman kebaikan-kebaikan ESP dalam 7 manfaat utama ESP.


KULIT CANTIK

Asid amino di dalam ESP penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.


BAIK UNTUK HORMON

Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones; fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.


BAIK UNTUK PROSTAT

Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.


BAIK UNTUK PENYEMBUHAN

Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, ejen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka, dan mengurangkan kesan parut.


PEMBEKAL TENAGA

Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun; maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.


MEMBAIKI PIGMENTASI

Membaiki masalah rambut seperti uban dan keguguran, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.


MEMBAIKI MEMORI

Meningkatkan kualiti memori dan vitaliti.

-------------------------------------------------------------


Mahu dapatkan ESP dengan segera?


Hubungi Atiqah di talian 013 6820482

Pengeposan ke seluruh tempat
COD Melaka Tengah, Batu Berendam, Durian Tunggal

ATIQAH HASSAN

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID : 1234803
SET HAMIL, SET BERPANTANG, SET MENYUSU, SET KECERGASAN IBU
013 6820482

Monday, September 19, 2016

Tips Untuk Bakal Ibu

Berita kehamilan anak pertama memang membahagiakan pasangan suami isteri. Namun kita harus ingat bahawa anak itu bukan sahaja anugerah, tetapi satu amanah. Ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan pelbagai maklumat dan ilmu dalam mendidik anak-anak.

Bagi saya, diri ni memang risau kalau-kalau nanti tak dapat jadi ibu yang baik untuk anak. Apatah lagi saya ni anak bongsu, tak pernah ada adik dan tak pernah jaga anak kecil. Menjadi ibu memang suatu perkara yang merisaukan. Jadi apa yang saya buat?

Pertama sekali, saya BANYAKKAN MEMBACA.

Ya, membaca. Baca apa agaknya?

Baca apa sahaja berkaitan perkembangan anak & pendidikan anak. Secara spesifiknya, tentang anak yang bakal lahir atau "newborn".  Contohnya tentang,

tangisan bayi - faktor dan bagaimana memujuknya;
najis bayi - bagaimana warna yang sepatutnya sejak lahir;
berat bayi yang sepatutnya mengikut bulan
penyusuan - makanan apa yang bagus untuk memperbanyakkan susu, makanan apa yang boleh kurangkan susu untuk dijauhi;

dan pelbagai lagi ilmu tentang 'newborn'.

Percayalah, bila anda lebih bersedia untuk menguruskan bayi anda, anda akan kurang STRES dan boleh mengelakkan meroyan atau orang putih kata 'post-partum depression'. Kasihanilah bayi anda.

Kedua, TERIMA NASIHAT daripada orang sekeliling yang berpengalaman sebagai ibu. Kutip ilmu dari perkongsian mereka dan lihat jika ia dapat diaplikasikan selepas bayi anda lahir.

Ketiga, PERSIAPKAN DIRI MENTAL DAN FIZIKAL. Makan makanan berkhasiat &  amalkan hidup yang aktif. Your life will be a lot different when your baby is born. Prepare the right supplements for confinement and after confinement.

Ketiga-tiga point ini datang dari pengalaman saya sendiri dan apa yang saya rasa penting untuk dikongsi. For me, reading is the most important because it covers every aspect of motherhood; from the baby to the mother.

Semoga kelak selamat melahirkan dan anak itu menjadi anak yang soleh, beriman dan beradab insyaAllah.

----------

Masih tercari-cari suplemen berpantang?

Hubungi Atiqah di nombor 0136820482.


ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID : 1234803
SET HAMIL, SET BERPANTANG, SET MENYUSU, SET KECERGASAN IBU
013 6820482

Monday, September 12, 2016

Hemoglobin Rendah Ketika Hamil

Assalamualaikum.

Waktu A.H hamil hari tu, alhamdulillah tak ada rasa loya, muntah, atau sensitif dengan bau-bau tertentu. Ada orang tak boleh langsung masuk dapur waktu hamil, sampailah saat melahirkan. Dahsyat kan? Ada orang tak boleh bau 'deodorant', sampai lepas bersalin pun memang tak pakai dah deodorant (memang ada tau!) Macam-macam yang dihadapi wanita hamil, semuanya unik. A.H cuma mengalami LETIH yang teramat pada waktu pagi di trimester pertama. Keletihan ini datang semula sewaktu trimester ketiga.

Sewaktu 'check-up' kali pertama, alhamdulillah semuanya baik sahaja. Hemoglobin (HB), 'urine', tekanan darah; semuanya elok. Sampailah masuk minggu ke 18, HB dah mula menurun.



Minggu ke-6 : 12.2
Minggu ke-10 : 11.9
Minggu ke-14 : 12.3
Minggu ke-18 : 10.6
Minggu ke-22 : 10.4
Minggu ke-26 : 10.8
Minggu ke-28 : 10.5
Minggu ke-30 : 9.6(jari), 10.5(lengan)
Minggu ke-32 : 9.9
Minggu ke-34 : 10.5
Minggu ke-38 : 11.6

Dari minggu ke minggu, ku cuba ikut saranan 'nurse'. Tapi yang paling tak boleh terima, kena makan hati ayam. 😢 Husband beli yang goreng kat pasar pun tak boleh telan. Terbazir begitu sahaja.

Doktor dah warning, kalau tak naik juga, kita kena prepare for blood transfusion sebab ada risiko tumpah darah bila HB rendah.

Minggu ke 32  tu, A.H dah hampir stress bila HB tak naik-naik. A.H tekad untuk beli Vitalea Shaklee lepas baca banyak testimoni bagus tentang Vitalea. A.H ambil 2 biji pagi, 2 biji petang. Kalau anda jenis yang minum minuman yang berkafein waktu pagi, boleh ambil Vitalea tengahari dan malam sebelum tidur. Sebabnya, kafein dapat menghalang penyerapan iron.

Alhamdulillah, dengan izin Allah hasilnya cukup baik. Akhirnya HB cecah 11 ke atas semula dan itulah bacaan terakhir sebelum A.H bersalin. Sangat bahagia.

------

Bacaan HB anda rendah? Boleh dapatkan Vitalea daripada A.H. Sedia membantu 😃





ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID : 1234803
SET HAMIL, SET BERPANTANG, SET MENYUSU, SET KECERGASAN IBU
013 6820482

Monday, August 29, 2016

Langkah Bermula

Alhamdulillah, setelah bertahun tak pos apa-apa dalam blog ni, akhirnya buat keputusan untuk menghidupkan kembali. InsyaAllah, kini fasa sebagai ibu & isteri.

Blog umur hampir 10 tahun ini juga akan di"renovate" sepenuhnya, sesuai dengan isi perkongsian ☺ Ya, A.H mula "blogging" semenjak sekolah menengah lagi. Tapi dulu pakai "blogdrive". Beberapa tahun lepas tu baru tukar ke "blogspot". Biasalah zaman "adolescense", terlalu banyak yang nak diluah dan dilontarkan(kononnya).

Hari ini juga hari yang bermakna buat A.H & suami kerana ianya merupakan ulangtahun kami yang pertama. Alhamdulillah atas nikmat berpasangan ❤  Moga Allah berkati hubungan ini.

Anak kami Abdullah Tolhah juga sudah masuk 3 bulan bersama dengan Ayah Ibu. Alhamdulillah dikurnia anak yang sihat, cerdik & soleh ☺

InsyaAllah perkongsian A.H kini lebih kepada pengalaman hidup, kisah harian, dan apa-apa berkenaan tajuk kekeluargaan. Moga bermanfaat untuk pembaca semua.