Pages

Monday, January 2, 2017

Pengalaman Berniaga

Tergerak jugak nak share pengalaman kita lepas baca pengalaman Takaful Prudentialbsn Bannie. Tapi cakap awal-awal, memang tak boleh lawan la Bannie. Perghh memang colorful perjalanan hidup adik ku sorang ni.

Waktu sekolah rendah acik sebenarnya tak berapa ingat jual apa.😋 Kalau tak silap jual sticker kartun. Hot kan waktu tu? Zaman Sailormoon. Naik sekolah menengah tak jual apa-apa.

Waktu kat Lendu tolong roommate Nurussaadah Jamaludin jual nasi lemak mak dia. Round la Tun Fatimah sampai Tun Puteri sama-sama. Ada waktu tu dah penat round, nasi lemak tu letak aje kat tangga. Sehari dua ok lagi. Lepas-lepas tu nasi lemak habis, dalam bekas ada 30 sen je. Kitorang yang panas. Mak roommate acik ni pulak cool aje. Dia buat bukan nak untung sangat katanya 😅

Hah terlupa. Tambah sikit. Pernah jugak jual baju Brotherhood Arts sebelum habis diploma. Hehe. Ala tshirt labuh yang ada mesej islamik tu.

Masuk KBM, acik jual tudung Akel. Borong daripada 1 page kat FB. Pernah dok kat surau, susun tudung kasi orang tengok. Tak la lama, sebab nak habiskan 1 kodi pun takes time. Tak dapat rolling. End up ada pakai sendiri dan bagi kat kawan Zaujah Zulhadi.

Pengalaman paling manis, jual sandwich 💗 Sandwich telur & sardin. Letak dalam bekas plastik sandwich tiga segi tu. Awal-awal buat dalam 10 bekas je sebab tak tahu sambutan. Lama-lama ada demand from classmates. Naikkan ke 20+. Lagi-lagi kalau kelas pagi straight 8.30-12.30. Yang bestnya, kalau ada nak beli telur tapi dah habis, dorang willing ambik sardin. Sama la kalau ada yang nak sardin tapi dah habis, telur pun boleh. Hah maksudnya apa tu? Samada sedap atau memang lapar time tu 😋 😂Tapi dah nak habis sem tu tak dapatlah proceed. Nak study kengkonon.

Sempat jugak kerja kat pet shop kat Lorong Pandan. Dekat dengan rumah sewa. Memang tak sangka la kan last-last rumah bakal suami dekat situ jugak.😂 2 tahun selepas tu baru kenal.

Bila dah grad, kerja kat Merlimau, sambil tu jual majalah Solusi & Gen-Q. Jual jugak sambal hitam, ambik stok kat NH Nicky Mansor. Lepas tu Bannie ajak simpan emas. Acik pun mula beli emas dan ajak kawan (tapi sekarang dah habis dalam simpanan sebab ada keperluan untuk menjualnya). InsyaAllah tahun depan nak sambung menabung emas.

Hah sempat jugak kerja kat stall sengkuang calit kat Duyong. Ni kengkonon nak tambah income sebelum kahwin. Tapi susah nak commit kerja every weekend sebab kadang-kadang balik Gombak, kadang-kadang ada program.

Jual Quran dan buku Pustaka Darul Iman pun pernah. Tolong jualkan sebab anak founder PDI ni belajar di sekolah tempat acik kerja. Dapatlah komisyen.

Lepas kahwin, acik jual kuih raya Ketuk-ketul Aidilfitri bawah Kak Nurul Latif. Pengalaman yang best bekerja dalam kumpulan. Dapat lah sikit untuk biaya keperluan hidup.😍

And now as you know, acik buat Shaklee bawah Siti Hajar Mohd Roslan. Kagum dengan Kak Hajar yang boleh naik rank dalam masa beberapa bulan. Bonus pun convincing. InsyaAllah saya akan kekal dengan Shaklee sampai saya naik Master. Lambat pun lambatlah, as long as I get there.




Sekadar berkongsi.
You'll never know what you can do until you try.

ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID : 1234803
SET HAMIL, SET BERPANTANG, SET MENYUSU, SET KECERGASAN IBU
013 6820482


No comments :