Wah, seronoknya bila tahu kita mengandung anak pertama.
Tak dapat digambarkan perasaan. Sungguh anak itu pengikat kasih antara suami
dan isteri.
Selepas disahkan hamil, apa yang perlu kita buat ya?
1) Lafazkan
Kesyukuran
Segala puji bagi Allah yang telah memberi rezeki kepada kita untuk
merasai nikmat mengandung. Bersyukurlah atas nikmat ini. Lakukan sujud syukur
dan ucapkan lafaz tahmid berulang kali.
Allah berfirman dalam surah Ibrahim, ayat 7,
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat)
kepadamu.”
2) Buka Buku Merah
Anda harus pergi ke Klinik Kesihatan atau Klinik Desa di kawasan tempat
tinggal anda. Jururawat akan ambil butiran anda ala-ala interview. JANGAN LUPA
BAWA SALINAN SURAT NIKAH. Lepas kena interview, kena timbang berat, buat urine
test, check darah, dan scan janin.
3) Banyakkan
Membaca
Bacalah buku atau artikel tentang perkembangan anak dalam kandungan.
Satu cara yang mudah adalah dengan melanggan newsletter website seperti Baby
Centre. Setisp minggu anda akan dapat emel dan anda boleh baca tentang
perkembangan anak pada minggu tersebut. Banyakkan juga membaca tentang
pemakanan sihat untuk ibu mengandung, nutrien yang diperlukan dan juga aktiviti
fizikal yang sesuai.
4) Jaga Pemakanan
Makanlah makanan yang membantu anda kekal sihat dan bertenaga. Bila anda
cukup khasiat, anak dalam kandungan akan turut mendapat manfaat. Jangan jadi
macam saya, makan maggi waktu mengandung. MSG akan buat kita sakit kepala,
mengandung tak mengandung. Taubat tak makan dah. Mahu lebih sihat untuk
keluarga.
5) Ambil Vitamin
Ikut nasihat jururawat dalam pengambilan vitamin. Pada awal kehamilan,
klinik akan bekalkan folic acid. Biasanya kita dah dapat folic acid waktu buat
HIV Test sebelum kahwin.
Bila masuk trimester kedua, kita akan dapat Ferrous Fumarate untuk HB
kita. Ada juga yang ambil vitamin Shaklee, seperti Vitalea Iron Formula dan
Vitamin C untuk sistem imun ibu dan anak. Kakak kepada kawan saya ada kongsi,
anaknya daripada lahir sampai sekarang umur 2 tahun jarang sangat sakit-sakit.
Rupanya beliau amalkan Vitamin C ketika mengandung.
6) Hentikan
Pengambilan Ubat
Jika anda ada mengambil ubat sebelum anda mengandung, hentikan
serta-merta. Hal ini kerana ada sesetangah ubat yang tidak sesuai untuk ibu
mengandung dan boleh merbahayakan anak di dalam kandungan. Sila tanya doktor terlebih
dahulu sebelum teruskan pengambilan ubat.
7) Banyakkan
Ibadah
Kita tahu bahawa sekolah pertama anak adalah ibu. Perbanyakkanlah amal
soleh. Jangan tinggal solat, lakukan solat sunat yang termampu, dan bacalah
Al-Quran hari-hari. Moga zuriat yang bakal dilahirkan jadi anak yang soleh
solehah, beradab, dan bermanfaat untuk agama. Amat sedih bila dapat tahu ramai
ibu-ibu tidak bersolat. Apa yang kita harapkan daripada anak kita bila kita
sendiri langgar perintah Allah kan. Jom dakwah.
ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID : 1234803
SET HAMIL, SET BERPANTANG, SET MENYUSU, SET KECERGASAN IBU
013 6820482
ATIQAH HASSAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID : 1234803
SET HAMIL, SET BERPANTANG, SET MENYUSU, SET KECERGASAN IBU
013 6820482