Pages

Monday, October 17, 2016

7 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Setelah Disahkan Hamil

Wah, seronoknya bila tahu kita mengandung anak pertama. Tak dapat digambarkan perasaan. Sungguh anak itu pengikat kasih antara suami dan isteri.

Selepas disahkan hamil, apa yang perlu kita buat ya?


1) Lafazkan Kesyukuran

Segala puji bagi Allah yang telah memberi rezeki kepada kita untuk merasai nikmat mengandung. Bersyukurlah atas nikmat ini. Lakukan sujud syukur dan ucapkan lafaz tahmid berulang kali.

Allah berfirman dalam surah Ibrahim, ayat 7,
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”


2) Buka Buku Merah

Anda harus pergi ke Klinik Kesihatan atau Klinik Desa di kawasan tempat tinggal anda. Jururawat akan ambil butiran anda ala-ala interview. JANGAN LUPA BAWA SALINAN SURAT NIKAH. Lepas kena interview, kena timbang berat, buat urine test, check darah, dan scan janin.


3) Banyakkan Membaca

Bacalah buku atau artikel tentang perkembangan anak dalam kandungan. Satu cara yang mudah adalah dengan melanggan newsletter website seperti Baby Centre. Setisp minggu anda akan dapat emel dan anda boleh baca tentang perkembangan anak pada minggu tersebut. Banyakkan juga membaca tentang pemakanan sihat untuk ibu mengandung, nutrien yang diperlukan dan juga aktiviti fizikal yang sesuai.


4)  Jaga Pemakanan

Makanlah makanan yang membantu anda kekal sihat dan bertenaga. Bila anda cukup khasiat, anak dalam kandungan akan turut mendapat manfaat. Jangan jadi macam saya, makan maggi waktu mengandung. MSG akan buat kita sakit kepala, mengandung tak mengandung. Taubat tak makan dah. Mahu lebih sihat untuk keluarga.


5)  Ambil Vitamin

Ikut nasihat jururawat dalam pengambilan vitamin. Pada awal kehamilan, klinik akan bekalkan folic acid. Biasanya kita dah dapat folic acid waktu buat HIV Test sebelum kahwin.
Bila masuk trimester kedua, kita akan dapat Ferrous Fumarate untuk HB kita. Ada juga yang ambil vitamin Shaklee, seperti Vitalea Iron Formula dan Vitamin C untuk sistem imun ibu dan anak. Kakak kepada kawan saya ada kongsi, anaknya daripada lahir sampai sekarang umur 2 tahun jarang sangat sakit-sakit. Rupanya beliau amalkan Vitamin C ketika mengandung.


6) Hentikan Pengambilan Ubat

Jika anda ada mengambil ubat sebelum anda mengandung, hentikan serta-merta. Hal ini kerana ada sesetangah ubat yang tidak sesuai untuk ibu mengandung dan boleh merbahayakan anak di dalam kandungan. Sila tanya doktor terlebih dahulu sebelum teruskan pengambilan ubat.


7) Banyakkan Ibadah

Kita tahu bahawa sekolah pertama anak adalah ibu. Perbanyakkanlah amal soleh. Jangan tinggal solat, lakukan solat sunat yang termampu, dan bacalah Al-Quran hari-hari. Moga zuriat yang bakal dilahirkan jadi anak yang soleh solehah, beradab, dan bermanfaat untuk agama. Amat sedih bila dapat tahu ramai ibu-ibu tidak bersolat. Apa yang kita harapkan daripada anak kita bila kita sendiri langgar perintah Allah kan. Jom dakwah. 

ATIQAH HASSAN

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID : 1234803
SET HAMIL, SET BERPANTANG, SET MENYUSU, SET KECERGASAN IBU
013 6820482

No comments :