Pages

Monday, August 29, 2016

Langkah Bermula

Alhamdulillah, setelah bertahun tak pos apa-apa dalam blog ni, akhirnya buat keputusan untuk menghidupkan kembali. InsyaAllah, kini fasa sebagai ibu & isteri.

Blog umur hampir 10 tahun ini juga akan di"renovate" sepenuhnya, sesuai dengan isi perkongsian ☺ Ya, A.H mula "blogging" semenjak sekolah menengah lagi. Tapi dulu pakai "blogdrive". Beberapa tahun lepas tu baru tukar ke "blogspot". Biasalah zaman "adolescense", terlalu banyak yang nak diluah dan dilontarkan(kononnya).

Hari ini juga hari yang bermakna buat A.H & suami kerana ianya merupakan ulangtahun kami yang pertama. Alhamdulillah atas nikmat berpasangan ❤  Moga Allah berkati hubungan ini.

Anak kami Abdullah Tolhah juga sudah masuk 3 bulan bersama dengan Ayah Ibu. Alhamdulillah dikurnia anak yang sihat, cerdik & soleh ☺

InsyaAllah perkongsian A.H kini lebih kepada pengalaman hidup, kisah harian, dan apa-apa berkenaan tajuk kekeluargaan. Moga bermanfaat untuk pembaca semua.



No comments :