Friday, November 23, 2012

Allah Itu Al-‘alim

 

The moment you’re confident that something won’t slip away from your hand, Allah proves to you that you know nothing better than Him.

 

He knows best. Allahu ‘ala kulli syai’in qadir. Allah itu berkuasa atas setiap sesuatu. Atas segala sesuatu. You choose; terima atau tidak? Redha atau tidak?

 

Kepentingan untuk mendalami al-Quran, membaca hadith-hadith, mengetahui nama-nama Allah, memang tak dapat disangkal. Orang beriman, apabila ditimpa musibah, kecewanya tidak lama. Sepatutnya. Kerana dia tahu, yang Allah tu, Maha Tahu! Kerana dia tahu, sebagai hamba, dia layak diuji! Kerana dia tahu, dunia ini hanya senda gurau! Kerana dia tahu, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu..

Semua ni, ada dalam al-Quran. Bersahabat kariblah dengannya.

 

DSC09363

 

Cuma, kadang-kadang untuk bangkit semula, lain manusia lain recovery speed-nya. Lain manusia, lain kekuatan dalamannya. Lain manusia, lain solusinya. Dalam golongan mana pun kita berada, kita semua perlu kekuatan daripada Allah.

 

 

Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

 


 

Semua orang tau Gaza telah diserang dengan hebat bermula 1 Muharram 1434H lepas. Allahuakbar. Sudah ramai syahid. Syurga tempat mereka.

 

Honestly, I haven’t study much on the history of the dispute, until last week. Kalau sebelum ni hanya tau Israel berkehendakkan tanah Palestin, tapi sekarang dah tau ‘kenapa’, ‘bila’ bermula, ‘siapa’ yang terlibat, dan lain-lain. Bila kawan-kawan tanya, aku cuba menjawab dengan baik. Bila yang ditanya tu, aku tak dapat jawab, aku straight jawab '”Oh, aku tak tau pulak yang tu. Kau cuba check kat internet.” Takkan tiba-tiba nak memandai ye dak.

 

And it’s actually overwhelming, bila tengok orang-orang sekeliling mula cakna, ambil tau pasal isu ummat Islam ni.

 

22112012763

Ceramah yang diadakan malam tadi for student UiTM KBM. By Encik Hanuar Talib. Good speaker.

 

Suka kata-kata Ustaz Hasrizal,

Yahudi itu sifat mereka amat penakut. Ketakutan mereka menjadi bencana besar kepada semua kerana semua perlakuan ganas mereka dijustifikasi sebagai usaha melindung diri. Ketakutan adalah musuh dalaman mereka. Maka tambahkan rasa takut mereka bukan dengan jeritan kita, tetapi dengan kebijaksanaan serta komitmen kita kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi sallallaahu alayhi wa sallam.


ALLAH sedang memanggil Muslim kembali kepada Islam.

Ikuti perkembangan Palestin bukan hanya melalui skrin dan tingkap, tetapi cermin untuk menatap MAN IN THE MIRROR! ”

 

And, ada terbaca, bila orang tanya, kenapa bukan Malaysia yang diserang, dijajah. Jawapannya di situ, kerana orang Malaysia sudah sedia dijajah. Dijajah oleh hedonism.. Fikir semula. Apakah hiburan melampau ini benar-benar membawa kebaikan padamu? Memberi ketenangan padamu? Memang perit pada awalnya, untuk kita tinggal sesuatu yang kita dah kenal lama, hidup sama-sama. Tapi dengan sedikit azam, tekad untuk melawan nafsu keinginan, dengan izin Allah, Allah akan bantu. (testimoni)

 

Like, seriously? Heal the word? K-Pop is actually healing? (*_*)

 

 

 

Satu cara mendidik nafsu. Manusia ni, ada masa-masanya nak makan makanan favourite dia. Ni bukan time lapar la. Contoh, kul 3 petang, rasa nak makan Big Apple, sebab dah lama tak makan. Cuba FREEZE and STOP sejenak. Kita hilangkan keinginan kita nak makan donut lazat tu. Seriously, anda akan rasa kemanisan mengawal nafsu. Lebih manis daripada rasa Big Apple tu. (tapi bukanla tak boleh makan langsung)  Ini suggestion saya untuk orang yang sedang berusaha untuk kawal nafsu. Ada faham? Peace.

 

Oh. Contoh atas boleh apply pada McD and Nestle jugak ye. (harus kental from makan Maggi Kari after this.go atiqah!)

 

Silakan menderma.

 

“Dan berinfaqlah di jalan ALLAH, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan. Dan berbuat baiklah, sungguh ALLAH menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (2:195)

 

Apa yang ada boleh lakukan?

1) Perbaiki diri. Kembali kepada fitrah. Kembali kepada Islam. Amalkan cara hidup Islam yang sebenar. You keep saying “Kesiannya kesiannya” but tak cuba perbaiki diri, kuatkan diri dengan amal? You know kafir yang menentang orang Islam akan lemah dengan kekuatan akidah, perpaduan orang Islam kan? Tau kan?

2) Banyakkan membaca tentang sejarah Islam, termasuk mengenai Palestin. Pastikan daripada sumber yang sahih. Janganla baca kat satu website je. Banyakkan bahan bacaan dan buat penilaian. Selepas itu, sebarkan.

3) Ada tempat-tempat, kutipan derma dilakukan secara besar-besaran. Alhamdulillah. Kalau tempat anda, IPT anda tak buat macam tu, take initiative. Bawak tabung pergi kelas, kutip. Bank-in ke Aqsa Syarif (atau NGO yang lain).

4) Paling mudah. Doa. Jangan lupa Palestin, Syria, Myanmar, Thailand dan umat Islam seluruhnya everytime lepas solat and waktu-waktu yang sewaktu dengannya (?). (tgh nk hafal qunut nazilah nih (“^_^)

 

Erm. Berbunga hati bila nampak ada orang berlari cari duit, nak masukkan dalam tabung, masa aku tinggalkan tabung dalam surau.

Berbunga hati. Ramai sebenarnya orang baik dalam dunia ni. Ramai. Cuma kita kadang-kadang terlalu bias dan judgemental.

Teringat satu quote. Seorang da’ie yang baik akan memandang semua orang, semua, sebagai potential mad’u. (^_^)

 

 

Bangun bangun bangun. Jangan dok tido lagi. Masa untuk menggunakan potensi diri, menyumbang kepada Islam.

 

Wallahua’lam.

 

P/S – Pembaikan diri dari segi pemahaman & ibadah, harus selari dengan pembaikan akhlak. Hablumminannas. (reminder terutama untuk penulis)

No comments: